CredoLab Privacy Policy (Bahasa - Malaysia)

CredoLab Pte. Ltd.

Dasar Privasi

(Terakhir Dikemas Kini: Mac 2020)

Di CredoLab adalah penting bagi kami supaya anda berasa selesa dan mempercayai kami dengan maklumat anda apabila anda menggunakan perkhidmatan CredoLab. Sila ambil beberapa minit untuk membaca Dasar Privasi ini, supaya anda memahami apakah maklumat yang kami kumpulkan, apa yang kami lakukan dengannya dan mengapa.

Mengapakah anda mengumpul data saya?

Mudah sahaja. Kami menyediakan produk dan perkhidmatan untuk membantu menghasilkan keputusan kredit masa sebenar. Kami menggunakan data peranti mudah alih untuk menghasilkan skor kredit alternatif melalui aplikasi mudah alih hak milik kami (CredoApp) menggunakan algoritma yang tinggi dan analitik ramalan. Kami menyediakan skor ini hanya untuk perkhidmatan kewangan bagi institusi kewangan yang anda mohon. Kami tidak berkongsi skor kredit alternatif anda dengan sesiapa. Untuk mengira skor anda kami menggunakan data yang tidak mengenal pasti anda secara langsung. Secara terperinci, kami mungkin menggunakan data seperti ini untuk membina profil data dan menyediakan profil risiko bersegmen, menjana maklumat statistik agregat, dan untuk meningkatkan dan mentadbir produk semasa kami dan mencipta produk-produk baharu. Anda boleh yakin bahawa kami melindungi maklumat yang kami kumpulkan. Dengan menggunakan produk atau perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data anda mengikut Dasar Privasi ini. Melainkan produk tertentu ini menyatakan sebaliknya, semua produk dan perkhidmatan CredoLab termasuk di bawah Dasar Privasi ini.

Bagaimanakah anda mengumpul data saya?

Kami mengumpul data anda apabila anda memuat turun aplikasi kami dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendapatkan tapak kaki digital anda. Kami tidak akan dan tidak boleh mengekstrak tapak kaki digital tanpa kebenaran anda.

Kami tidak meminta data anda daripada institusi kewangan tanpa kebenaran anda dan tidak mengumpul mahupun memprosesnya tanpa kebenaran anda. Kami juga akan meminta anda untuk mengklik pada sebuah butang yang berkata “teruskan dengan analisis kredit”, atau seumpamanya, sebelum memulakan penskoran kredit dan/atau penilaian anti-fraud di telefon bimbit anda.

Data apakah yang anda kumpul?

Kami mengumpul pelbagai jenis data daripada telefon pintar anda untuk melakukan perkhidmatan kami. Aplikasi mudah alih CredoLab hanya akan mengakses maklumat pada peranti mudah alih anda selepas anda bersetuju kepada pengumpulan dan penggunaannya. Maklumat ini mungkin termasuk nombor ID peranti anda, nombor kad SIM, pesanan SMS dan sejarah, sejarah pelayar, senarai kenalan, kalendar, senarai aplikasi, data lokasi dan penstoran dan, dalam sesetengah keadaan yang diperincikan di bawah, alamat IP peranti anda. Anda boleh menukar kebenaran ini dengan menggunakan tetapan peranti anda.

Kami ingin mengakses alamat IP hanya jika institusi kewangan anda melanggan kepada penyelesaian anti-fraud (yang ditawarkan oleh CredoLab bagi pihak Iovation Inc. berdasarkan perjanjian penjual semula). Sekiranya institusi kewangan anda hanya melanggan kepada perkhidmatan skor kredit CredoLab, kami tidak akan mengakses alamat IP peranti anda. Alamat IP ini akan diakses hanya sekali, selepas permohonan anda untuk perkhidmatan tertentu (pinjaman, kad kredit dll.), dan tidak berterusan. Maklumat alamat IP yang dikumpul oleh kami adalah sama dengan jenis maklumat yang didapati oleh peralatan analitik web umum.

Kami juga mengumpul data untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami, termasuk: ID pengiklanan yang berkaitan dengan peranti anda; pembekal perkhidmatan Internet atau rangkaian mudah alih yang anda gunakan untuk menyambung ke produk kami; dan Maklumat berkenaan dengan aplikasi-aplikasi lain yang anda mungkin ada di peranti anda dan bagaimana ia digunakan (kami tidak akan memasuki aplikasi tersebut).

Adakah anda mengumpul maklumat yang boleh mengenal pasti saya?

Tidak seperti syarikat-syarikat lain, kami tidak mengumpul nama atau alamat e-mel anda untuk mengenal pasti anda. Kami mengumpul maklumat lain mengenai anda seperti: Alamat IP dan/atau nombor ID Peranti, termasuk ID Mesin, IMEI dan/atau MEID; lokasi geografi dinyahperibadikan yang hadir dalam fail-fail media. Kami menggunakan maklumat ini untuk mengesan aplikasi fraud yang timbul daripada peranti yang sama. Dalam melakukan ini, kami melindungi identiti anda tetapi mengekalkan kebolehan untuk mengenal pasti apa maklumat yang berkaitan dengan anda.  

Untuk melindungi identiti anda, kami mungkin juga akan mengeluarkan pengenal pasti peribadi daripada maklumat yang kami kumpul atau agregat dan/atau tanpa namakan data peribadi yang kami kumpul daripada anda. Sebagai contoh, walaupun kami akan mempertimbangkan lokasi tepat anda sebagai data peribadi sekiranya distor secara berasingan, sekiranya kami menggabungkan lokasi pengguna kami ke dalam set data yang hanya akan memberitahu kami berapa pengguna yang terletak dalam sesebuah negara, kami tidak akan mempertimbangkan maklumat beragregat ini sebagai boleh dikenal pasti secara peribadi.

Maklumat yang dikumpul oleh aplikasi mudah alih kami tidak dihantar kepada institusi kewangan di mana anda memohon perkhidmatan kewangan. Pemprosesan maklumat ini dilakukan di pelayan-pelayan CredoLab yang selamat. Institusi kewangan pilihan anda menerima sedikit maklumat bernama samaran mengenai anda termasuk keputusan penilaian kredit anda. Sementara maklumat masih dikaitkan kepada anda, ia tidak boleh dijurutera berbalik untuk menghasilkan maklumat mentah asli yang dikumpul.

Teknik-teknik ini membantu mengekalkan keselamatan maklumat yang dihantar kepada pelayan kami dan membolehkan anda mengekalkan maklumat mentah anda pada peranti anda.

Sementara kami tidak dapat menyenaraikan setiap dan jenis-jenis data yang kami kumpul, kami telah mencuba perkara-perkara di bawah untuk memberikan anda pemahaman umum tentang jenis data yang kami kumpul dan contohnya untuk membolehkan anda memahami maksud kami.  

Sebagai Contoh:

  • Aplikasi mudah alih kami mengumpul maklumat berkenaan dengan pesanan teks ringkas anda dalam peranti mudah alih dan pesanan e-mel anda. Sementara aplikasi mudah alih ini boleh mengimbas pesanan seumpama ini dalam telefon anda, kami hanya mengumpul (dan memuat naik ke dalam pelayan) beberapa maklumat terhad yang tertentu tentang setiap pesanan. Sebagai contoh, aplikasi mudah alih mungkin akan mengira pesanan yang diterima dan tera masanya dan memadankan penghantar dengan senarai Institusi Kewangan yang terpilih. Ia mungkin juga mengimbas kandungan pesanan untuk sesetengah kata kunci dipratetap tertentu dan menaikkan bendera apabila sesuatu pesanan mengandungi kata-kata kunci seumpama ini. Hanya maklumat ini dihantar ke pelayan kami, bukannya data mentah dasarnya.
  • Sementara aplikasi mudah alih kami mungkin mengimbas dan memproses senarai kenalan buku telefon anda di peranti mudah alih anda, nama dan butir-butir perhubungan tidak dihantar ke pelayan kami. Maklumat seperti bilangan senarai kenalan dalam buku telefon dan juga parameter seperti “peratusan SMS yang dihantar ke senarai kenalan lwn. nombor baharu”.
  • Sementara aplikasi kami mungkin mengimbas dan memproses senarai aplikasi anda, contohnya maklumat mengenai senarai aplikasi yang dipasang di dalam peranti mudah alih anda, kami hanya akan mengumpul data yang berkaitan dengan identiti dan kekerapan penggunaan aplikasi seumpama ini tetapi bukannya aktiviti yang anda lakukan dalam aplikasi seumpama ini.

Bagaimanakah anda menggunakan data saya?

Kami menggunakan data anda untuk menilai kesihatan dan status kewangan anda untuk membenarkan Institusi Kewangan memutuskan sama ada untuk memberi pinjaman atau perkhidmatan kewangan yang lain kepada anda.

Kami juga menggunakan data anda untuk: -

  • mendapatkan penilaian solvensi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian kebarangkalian anda gagal menunaikan tanggungjawab anda dalam rangka kerja kontrak untuk penyediaan perkhidmatan kewangan;
  • menilai minat anda dalam menerima perkhidmatan kewangan melalui algoritma dan pemodelan matematik.

Alamat IP peranti anda akan digunakan untuk menyiasat dan mengelakkan fraud, spam, perisian hasad, kecurian identiti atau akses tanpa kebenaran yang lain, mahupun apa-apa aktiviti tidak sah yang lain sebagai sebahagian daripada penyelesaian anti-fraud sahaja.

Anda boleh menarik balik kebenaran anda untuk menerima pengiklanan dan barangan pemasaran daripada kami dan institusi kewangan pada bila-bila masa.

Adakah anda berkongsi data saya?

Kami berkongsi keputusan penilaian kredit anda dengan institusi kewangan dengan mana anda memohon perkhidmatan kewangan dan potensi kesanggupan anda untuk berkomunikasi secara langsung dengan institusi kewangan, sekiranya diminta oleh institusi kewangan tersebut. Kami juga berkongsi potensi kesanggupan anda untuk berkomunikasi secara langsung dengan institusi kewangan, sekiranya diminta oleh institusi kewangan tersebut.

Kami mungkin juga akan berkongsi data anda dalam cara-cara yang berikut:

Apabila disyaratkan oleh undang-undang atau perlu mematuhi proses perundangan yang sah; apabila disyaratkan untuk melindungi dan mempertahankan hak atau hak milik CredoLab, termasuk keselamatan produk dan perkhidmatan kami; apabila diperlukan untuk melindungi keselamatan peribadi, hak milik atau hak-hak orang awam yang lain, CredoLab atau pelanggan atau pekerjanya; atau berhubungan dengan jualan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami. Sekiranya kami terlibat dalam penggabungan, pengambilalihan atau jualan aset, kami akan mematuhi Dasar Privasi ini, dan mana-mana pengguna yang terjejas akan dimaklumkan sekiranya kami memindahkan apa-apa data peribadi kepada pihak ketiga atau data peribadi tertakluk kepada dasar privasi yang lain sebagai akibatnya.

Berapa lamakah anda menyimpan data saya?

Untuk menguatkuasakan dan mempertingkatkan keberfungsian aplikasi mudah alih dan untuk mengemas kini kad skor kredit yang dibangunkan untuk klien institusi kewangan, kami akan menyimpan data anda sehingga 3 tahun melainkan anda meminta kami memadamkan data anda pada tarikh yang lebih awal.

Apakah hak yang saya ada terhadap data saya?

Anda mempunyai hak untuk bertanya kepada kami tentang data yang kami proses tentang anda, tujuan dan sifat pemprosesannya, dan untuk menyediakan maklumat tentang dengan siapa kami kongsikannya. Anda mempunyai hak untuk meminta supaya kami mengemas kini atau memadamkan (mengandaikan bahawa ini tidak memberi kesan kepada perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda) data yang kami kumpulkan tentang anda pada bila-bila masa. Harap maklum bahawa kami mungkin akan menolak permintaan yang mungkin membawa risiko kepada privasi orang lain atau tidak munasabah atau bersifat berulang-ulang, atau memerlukan daya usaha yang terlalu besar. Melainkan anda meminta kami memadamkan data anda, harap maklum bahawa kami mungkin akan menyimpan data anda selepas anda berhenti menjadi seorang pengguna (tetapi lazimnya kami akan menyimpan data anda tidak melebihi tempoh yang diperlukan dengan mengambil kira tujuan data tersebut dikumpulkan). Anda mempunyai hak untuk menjangka bahawa kami akan melindungi data anda dan mengekalkan keselamatannya. Kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi CredoLab dan pengguna-pengguna kami daripada akses tanpa kebenaran atau pengubahsuaian, pendedahan atau pemusnahan tanpa kebenaran maklumat yang kami pegang. Terutamanya, kami mematuhi Dasar Privasi ini sepanjang masa berkenaan dengan data yang kami kumpul daripada anda; Kami mengehadkan penggunaan dan pendedahan data anda, dan berusaha untuk memastikan bahawa sesiapa yang kami kongsikan maklumat ini melayan maklumat tersebut dengan privasi dan keselamatan yang ia layak terima; dan Kami telah melaksanakan amalan-amalan fizikal, teknikal dan pentadbiran yang diterima oleh industri untuk melindungi dan mengekalkan keselamatan maklumat yang kami kumpulkan. Anda mempunyai hak untuk melaporkan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang berkenaan untuk sebarang perlanggaran undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

Apakah perubahan yang anda lakukan baru-baru ini?

Kami mempunyai hak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan tarikh terkini di mana Dasar Privasi ini dikemas kini. Sekiranya terdapat perubahan yang signifikan, kami akan menandakan perubahan seperti ini dan akan cuba memaklumkan anda secara terus bila mungkin. Kami juga akan menyimpan versi-versi Dasar Polisi ini yang sebelumnya di dalam sebuah arkib untuk tatapan anda.

Perubahan Terkini: Dalam pengemaskinian terkini kami, kami telah menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi data anda, dan terutamanya bagaimana kami mendayakan pilihan pengguna dan kaedah yang kami gunakan untuk melindungi identiti pengguna melalui produk-produk kami.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi anda?

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai dasar ini atau apa-apa yang tertera di atas, sila hantarkan e-mel kepada kami di privacypolicy@credolab.com. Anda juga boleh menghubungi kami melalui mel di: CredoLab Pte. Ltd, #12-01 Menara Capital, 168 Jalan Robinson, Singapura 068912.

Adakah terdapat apa-apa yang saya perlu tahu?

Anda boleh memilih keluar daripada pengumpulan, penggunaan dan pendedahan kami terhadap maklumat anda dengan mengalih keluar aplikasi kami CredoApp atau CredoApply daripada peranti mudah alih anda dan/atau meminta kami untuk memadamkan maklumat anda.

Kami memerlukan maklumat daripada anda untuk melaksanakan perkhidmatan yang diniatkan dengan betul. Sesetengah atau kesemua keberfungsian perkhidmatan kami mungkin tidak tepat atau tidak tersedia sekiranya anda memilih untuk tidak berkongsi maklumat dengan kami.

Secara berkala, laman atau produk kami mungkin mengandungi pautan ke dan daripada laman web atau destinasi luaran lain yang diuruskan oleh pihak ketiga. Sekiranya anda mengikuti pautan kepada mana-mana destinasi ini (seperti tawaran di stor aplikasi mudah alih dsb.), harap maklum bahawa laman-laman itu mempunyai dasar privasinya sendiri. Apabila anda berada di laman-laman itu, anda tertakluk kepada dasar-dasar ini, dan oleh itu anda harus membaca dan memahaminya sebelum menyerahkan sebarang data peribadi kepada laman-laman tersebut.